Jun 21, 2011

TIPS SEBELUM PRAKTIKAL !!

tinggal seminggu sahaja lagi sebelum aku pergi ke praktikal.... sebelum itu aku share tips yang berguna ini untuk kengkawan sekelas yang bakal mengikuti praktikal pada bulan JULY ni...diharap dapat memperolehi pengalaman yang berguna apabila pulang dari praktikal nanti....

  • Pasang niat dalam hati nak tuntut ilmu dan pengalaman. Jika ilmu berguna, sudah pasti beroleh pahala.
  • Set target apa yang patut capai sepanjang latihan itu selain target politeknik dan majikan tempat praktikal
  • Bawa sedikit bahan bacaan berguna untuk rujukan asas dan buku catatan
  • Bawa kamera digital/handphone berkamera
  • Bawa alat perakam suara jika ada
  • Bawa peralatan asas alat tulis, buku nota , buku laporan dan buku log
  • Bawa top-up spare takut praktikal tempat jauh
  • Bawa sedikit barang makanan kering biskut, air mineral jika duduk dalam hutan
  • Jangan lupa peralatan sembahyang e.g. sejadah, ketayap, telekung juga Yasin/Quran
  • Jumpa manager/pegawai untuk melapor diri awal pagi.Pakaian kemas dan sopan
  • Bincang dan catat apa2 yang penting dan apa yang hendak diperlukan seperti jadual program latihan
  • Selalu bertanya/jumpa penyelia sekurang2 seminggu sekali, bawa buku catatan dll untuk berbincang termasuk buku log/laporan
  • Masa lapang cari rujukan untuk buat laporan nanti
  • Dapatkan carta oranisasi dll hal jabatan/tempat praktikal
  • Kenali sepenuhnya staf di situ dan sekitarnya, berkenalanlah tapi jangan jatuh cinta!!!
  • Catatan harian mesti dibuat.Jangan tangguh2.Kepilkan handout jika ada.
  • Ambil gambar digital bagi alat/teknik pengambilan data/sampel dll yang boleh menyokong laporan nanti
  • Ambik video jika demonstrasi cara alat bekerja dll (tanya dulu boleh atau tidak guna video)
  • Hormati penyelia/staf, jangan BELAGAK!!!
  • Bersedia menerima teguran dan cuba perbaiki
  • Buat yang terbaik, tak faham tanya, cari bahan bacaan, masa free pinjam polisi syarikat dll baca!
  • Be proactive!
  • Buat laporan sedikit demi sedikit, sekarang pakai laptop boleh update takut hilang simpan dalam yahoo/gmail dll. Boleh akses di mana2
  • Teruskan silaturrahim walaupun dah habis latihan
  • Dapatkan surat sokongan dari penyelia bila habis latihan
  • Dapatkan kata nasihat dari penyelia, what next?Masa depan, peluang pekerjaan dll.
  • Selalu jaga maruah, nama baik Politeknik dan berketrampilan
  • Sentiasa peramah dan merendah diri
  • Pandai memilih kawan
  • Perhatikan dulu suasana dan rakan2/staf di tempat latihan.Kenal hati budi masing2 dulu,
  • Selalu bertanya apa tugasan akan datang/next plan
  • jangan bertindak sebarangan tanpa bertanya dahulu terutama melibatkan keselamatan diri dan orang lain.
  • Kena selalu alert dan prihatin pada persekitaran, ambil tau sape pengarah/bos1,2,3...
  • Akhiri latihan praktikal dengan rekod yang baik lagi cemerlang!

0 ulasan:

Post a Comment